RPH


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2

Mata Pelajaran                 : Dunia Sains dan Teknologi
Kelas                                     :Tahun Dua
Tema / Tajuk                      : Sains Hayat / Haiwan
Masa                                     : 10.00 – 11.00 pagi ( 60 minit )

Standard pembelajaran : 2.4.1 ,2.4.2 dan 2.4.3
Objektif pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

2.4.1  Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.
2.4.2  Menjalankan simulasi cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung
           terbang,  lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot,
          semut merayap, kuda berlari dan katak melompat.

2.4.3  Menyatakan kepentingan pergerakan kepada haiwan

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

FASA
CADANGAN AKTIVITI
CADANGAN KOMUNIKASI / CATATAN
Orientasi:

Set Induksi
(5 minit)

-       Murid mendengar dan menyanyikan lagu Fly-fly Butterfly  bersama-sama

BBM:
Klip video
Pencetusan Idea
(15 minit)
-       Guru membawa murid keluar dari bilik darjah untuk membuat pemerhatian dan mengenal pasti pergerakan haiwan di persekitaran kawasan sekolah.

 



-       Murid menceritakan cara haiwan-haiwan bergerak

-       Murid A : Katak melompat

-       Murid B : Ikan berenang

-       Murid C : Burung terbang

-       Murid D : Siput mengengsot

-       Murid E : Semut merayap

-       Murid D : Kucing berjalan


Kaedah p& P
Kajian lapangan
KPS : Pemerhatian










Menjana idea
( 20 minit )



















-       Guru menyediakan kad perkataan (pergerakan haiwan)

-       Murid dikehendaki menyesuaikan kad perkataan dengan gambar mengikut cara pergerakan haiwan



Contoh :
                       berjalan


                       merayap

-       Guru menyoal murid tentang cara pergerakan haiwan
 


        Murid melihat tayangan power     
 point tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.


BBM : Kad gambar, kad perkataan






Soalan :
1.    Bagaimanakah cara burung bergerak?
2.    Bagaimanakah cara siput babi bergerak?
3.    Adakah katak berjalan? Jelaskan cara katak bergerak.
4.    Adakah ikan merangkak? Jelaskan cara ikan bergerak.
5.    Bagaimanakah cara buaya bergerak ?


BBM : paparan slaid
SOALAN
1.    Senaraikan nama haiwan yang terdapat dalam gambar tadi dan terangkan cara haiwan tersebut bergerak.
Penstrukturan semula
(15 minit)
        Murid melihat tayangan video cara pergerakan yang dipelajari.
a.    Helang menangkap ular. Video 1
b.    Harimau mengejar rusa. Video 2
c.    Siput makan daun. Video 3

         Murid menceritakan aktiviti yang dilakukan oleh haiwan dalam video tersebut.



         Guru menjelaskan kepentingan pergerakan haiwan yang ditunjukkan dalam video.

Contoh :

     1.    Helang menangkap ular untuk dijadikan makanan.
     2.    Tikus melarikan diri untuk melindungi diri dari musuh.


Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan bersoal jawab dengan murid.


-       Murid A : Burung helang menangkap ular.

Soalan :
-       Mengapa helang menangkap ular ?

Jawapan :

-       Helang lapar.

-       Murid B : Harimau mengejar rusa

Soalan :
Mengapa tikus melarikan diri?

Jawapan :
Tikus takut kepada kucing

Soalan : Mengapa burung terbang.

Jawapan : Mencari makanan

Pentaksiran
        1.    Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1
BBM : Lembaran kerja
Aktiviti Pemulihan
        1.    Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2




Aktiviti Pengayaan

         Guru membuat pengukuhan tentang pembelajaran dan pengajaran berkaitan dengan pergerakan haiwan.

      2.    Murid menjawab soalan kuiz .


BBM : Soalan kuiz

Refleksi
(5 minit)

Murid melihat tayangan power point tentang cara haiwan bergerak dan menyanyi serta bersoal jawab.

         25 orang murid dapat menyatakan cara dan tujuan haiwan bergerak .
         5 orang murid dibimbing untuk menyatakan cara pergerakan haiwan.
        

BBM : paparan slaid



Elemen Merentas Kurikulum (EMK) :
TMK  - menggunakan tayangan video tentang pergerakan haiwan.
Bahasa – menggunakan bahasa yang betul berkaitan dengan pergerakan haiwan.

Bahan Bantu Belajar (BBB)
-          Kad perkataan
-          Kad gambar
-          Video
-          Komputer
-          Specimen sebenar (Ulat gonggok, ikan, burung, siput dan katak)


No comments:

Post a Comment